Tuesday 29 March 2016

BAJU MERAH BAJU LUAR BIASA


( BAJU MERAH BAJU LUAR BIASA )
.
26/03/2016
.
Di Seminar MMM,DICC Shah Alam.
.
Dr.Azizan Osman dan Team Richwork menjemput saya ke pentas HotSeat yang ramai impikan utk berada di atas termasuk juga insan kerdil bernama Ayu Azmera ini.
.
Mcm tak percaya,tapi itulah rezeki yg Allah dan janjikan untuk saya.
.
HIDUP LUAR BIASA ?
.
Ayat yg selalu di sebut oleh Dr.Azizan
Pada mula nya sumpah,langsung tak faham apa itu hidup luar biasa,saya ingat hidup seperti Spiderman,Supermen dan Batman namanya luar biasa.
.
Sehingga saya masuk ke seminar RKMJ dan saya sedar,hidup luar biasa bermula dari hati yg luar biasa.Bak pesan junjungan mulia,Rasullalah SAW
"ingatlah bahawa di dlm jasad itu ada segumpul daging.jika ia baik,maka baik pula seluruh jasad.jika ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati".
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Untuk menjadi manusia luar biasa,kita perlukan hati yg suci.Hati yg jernih,bersih,kuat dan positif
.
Alhamdullilah dengan Ilmu tindakan luar biasa.Kalau dulu tidak cukup solat 5 waktu,tidak kusyuk kalau solat,apa lagi utk bagun tahajud arggghh Time bangun saya pukul 10 pagi.Kalau sape kacau time tidur ini pasti diherdik seperti org gila.Malu semalunya tapi itulah saya.
.
Bukan saya masuk kelas agama tapi RKMJ 100% membuatkan saya menjadi luar biasa.Suami saya menagis apabila melihat saya berubah.Nak tahu macam mana saya lakukan utk bertukar ini
.
SAYA CABAR DIRI SAYA MENJADI LUAR BIASA YA!
.
Ayu mesti bagun pukul 4 Pagi utk Tahajud.
Ayu mesti berzikir memuji Allah.
Ayu mesti solat cukup 5 waktu.
Ayu mesti tak akan tidur selepas solat subuh
Ayu mesti pergi office awal
Ayu mesti lakukan dari mula sehingga habis
Ayu mesti naik hotseat Dr.Azizan
Ayu mesti menjadi Ibu dan Isteri yg baik
Ayu mesti sentiasa bersedekah
Ayu mesti menjadi org yg sentiasa memberi mafaat pada org lain
Ayu mesti sentiasa senyum walau apa shj rintangan yg dtg
.
INILAH TINDAKAN LUAR BIASA DLM HIDUP SAYA !
.
Hati juga ada tabiat unik.Cepat Bertukar.Moga saya setiasa istiqomah amin yra.
.
Kalau semua lihat pencapaian sgt Cepat hanya dlm 6 bulan nama MEWANGI sudah menjadi buah mulut.Ada terima baik dan ada juga tidak baik itu adalah normal,saya faham bukan rezeki saya.
.
Tapi
.
Tahukan anda bahawa insan disebalik nama Ayu Azmera ini di lahirkan dlm keluarga penceraian point nya di sini bukan nak minta simpati,tapi ingin berpesan BUKAN ALASAN MAK AYAH BERPISAH KITA TAK BOLEH BERIMPIAN.
.
Impian
.
Saya tanam impian saya waktu kecil lagi.Tok & Tok wan sgt manjakan saya,hari2 di atas buaian bawah pokok asam kampung,sunyi jauh dari jln besar
Tok usap kepala saya dan selalu cakap "cucu Tok Bertuah nie"masa tu saya fikir juga apa yg bertuah.
.
Suatu hari Tok dijemput utk menghadiri majlis kenduri,tumpang kereta org kampung.Saya waktu tu menagis nak ikut tok.kereta berlalu pergi tanpa hirau tagisan saya.Pemandu tu macam tak de perasaan nak tumpagkan saya.Saya kejar kereta itu hampir 5 tiang elektrik jauhnya.Tok menoleh,Kaki saya terus kaku setelah saya nampak air mata Tok mengalir.Kesian Tok rupanya simpati dengan cucu busuknya nie.Saya toleh belakang kiri dan kanan,sawah bendang keliling pesekitaran hijau hening sayu perasaan saya ketika itu kecewa banyak saya salahkan takdir,dari jauh saya ternampak kambing kesayangan Kamariah,berlari dtg ke arah saya.Saya cium Kamariah berulang kali,binatang itu macam tahu tuan nya bersedih,"Aku nak jumpa hang di syurga Kamariah".rindu sgt kat hang.Peneman sya dulu dan kawan baik saya.
.
Di situ lah titik mula saya menanam cita2 dan impian saya.Saya hanya fikir suatu hari mesti benar2 berlaku
.
Saya lari balik ke rumah terus ambil pencil dan kertas
menulis semua apa yg saya nak.
.
Dengan nama Allah yang maha pegasih dan maha penyayang semua impian budak kecik itu semua Allah tunaikan.Sayang betul Allah dengan saya,khilafnya saya dosa nya saya bodoh nya saya sebab saya tak bersyukur dengan Apa yg saya perolehi.
.
Apa yang saya minta waktu itu hanya nak hidup senang,nak khawin dengan org senang yg dah ada kereta dan rumah nak suami banyak duit,nak ada perniagaan sendiri,dan pastinya nak keluar dari kampung.
.
Maaf kan Ayu Arwah tok & wan kerana tak dapat nak balas jasa2 Tok & wan,Namun sekurangnya suami Ayu.Shanizam Bin Othman sempat tunaikan hajat Arwah Tok & Wan nak rumah berlantaikan MOZAD.Alhamdullilah.
.
Al fatihah utk Arwah Tok & Wan saya.
.
Kini Kenangan Budak kecil bernama ayu berlalu dan sekarang ada lah FASA ke 3 utk kejar dunia & kejar akhirat.Allah sayang saya,sebab beri peluang kedua.
.
kalau renungkan kan kembali dari dulu semua hajad2 saya Allah dah tunaikan,semua Allah tunaikan.Saya je yg belagak bongkak tidak sujud pada maha Esa.
.
Ampun wahai Allah sekian Alam.Terima kasih Mentor Dr.Azizan kerana menyedarkan saya.Saya tak mahu sesat lagi.
.
saya mahu menjadi makhluk Allah paling Gojes dalam semua Hal berkaitan Dunia & Akhirat
Isteri dan ibu yg baik.Manusia yg banyak memberi mafaat pada org lain.
.
saya banyak dosa pada suami yg Allah telah utuskan beliau dlm impian saya dulu,baik sgt2 syurga saya,tak pernah menyusahkan saya,hidup seperti seorang puteri,kalau saya katakan baju,pingan ank semua dia sediakan pembantu utk saya sejak saya begelar isteri sejak 14 tahun yg lalu.Maafkan saya Abg.
yg sebelum ini saya pandang tanpa nilai dan perasan kasih,hanya utk kesenagan hidup shj.
.
Allah Ampunkan Dosa ku dan Terima Taubatku.
.
Buat suami doakan kejayaan ayang utk bahagiakan keluarga,menambah nilai hidup keluarga kita.Awak lah imam saya.
.
KINI SAYA JELAS SEJELASNYA
.
TERIMA KASIH ALLAH.

No comments:

Post a Comment