Wednesday 30 March 2016

AKU HAMBA-MU

Aku ini hamba-MU yang paling hina
Datang sujud dikaki-MU
Dengan dosa dosa di tubuh berpalit lumpur,berdaki berbau
Dengan kusut masai dibelenggu duniawi
Sudikah KAU memandangku?

Aku ini hamba-MU yang paling kafir
Datang kepada-MU meminta minta
Membawa secebis bingkisan ibadat yg paling kecil
Dibaluti amal yg koyak bertapok
Dihiasi akhlak yg rabak membusuk

Aku ini hamba-MU yang paling bodoh
Datang kepada-MU membawa cerita duka
Kisah sukar hidup penuh derita
Onak berliku masalah bertimpa
Merayu bantuan-MU dtg pantas tiba-tiba

Aku ini hamba-MU yg tak sedar diri
Datang kepada-MU meminta subsidi
Ketika susah baru mahu mencari sejadah
Ketika tenat baru mahu bertaubat
Ketika nyawa di hujung baru menadah doa
Aku ini abdi-MU yg tidak pernah mahu mengerti

Hidayah-MU datang kutolak ke tepi
Tiba-tiba mahu meminta simpati
Hanya ketika tertutupnya pintu rezeki

Sudikah KAU memandangku,ya ILAHI?

No comments:

Post a Comment